Trip ke Paris-London Puan Norilmi dari Glasgow & Family dari Malaysia 1-4 May 2010

Pihak PH ingin merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada keluarga Puan Norilmi dari Glasgow yang sudi menggunakan perkhidmatan PH untuk membawa keluarganya yang datang dari Malaysia bersiar-siar di Kota Paris dan London pada 1-4hb May yang lalu.
Pihak kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan yang kami lakukan dan kekurangan yang tidak dapat kami penuhi semasa trip ini.
Harapan kami semoga Puan dan keluarga bergembira semasa trip tersebut.
Sehingga berjumpa lagi di lain kali

PERINGATAN KEPADA SEMUA PELANGGAN PERANTAUHOLIDAYS

Kepada Semua Pelanggan Yang Budiman
Pihak kami ingin mengingatkan semua pelanggan agar membaca dan meneliti terlebih dahulu terma-terma tawaran dan juga itenari yang kami berikan sebelum menyetujui tentang pakej lawatan dan bayaran yang dikehendaki. Kami tidak memaksa anda untuk bersama kami. Tawaran kami bersifat ‘terbuka’ dan anda boleh menambah,meminda dan mengurangkan sesuatu terma didalam tawaran sebelum dan bukan selepas pembayaran dibuat.
Jika tawaran kami sesuai dengan anda maka anda boleh memeterai kontrak dengan kami. Jika anda tidak menyukainya maka anda bebas untuk memilih bersama agen-agen lain yang dapat memenuhi citarasa dan aspirasi anda.
Ada terdapat sesetengah pelanggan kami yang tidak peka tentang perkara ini. Akibat daripada kealpaan memahami maksud dan terma didalam tawara yang telah diberikan tersebut maka berlakunya salah faham yang tidak diundang. Kami tidak mahu anda membazirkan wang anda dengan mengikuti trip yang anda sendiri tidak faham mengenai konsep percutian yang kami tawarkan dan perlaksanaannya.
Kami amat komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik berdasarkan terma-terma tawaran yang diberikan bukan mengikut citarasa dan kemahuan peribadi anda yang tidak secocok dengan terma dan kontrak yang dimetrai. Jika anda tidak faham dan ragu tentang terma-terma dalam tawaran kami sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut. Jangan menyimpannya sehingga trip berjalan baru ingin nak bertanya itu dan ini…
Kami yang beroperasi di UK (bukan di Malaysia) akan memberi layanan yang sama dan adil keatas semua pelanggan kami tidak kira VIP atau rakyat marhaen. Kami tidak memilih bulu atau mengamalkan diskriminasi..apa yang anda bayar itu yang anda dapat tidak lebih dan tidak kurang….
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk berehat dan berholiday di UK dan Eropah bersama Perantauholidays tetapi peraturan-peraturan,undang-undang dan panduan-panduan yang telah ditetapkan oleh kami WAJIB anda dipatuhi demi untuk melicinkan perjalanan trip tersebut.
Kami amat terbuka untuk berbincang dan bertukar pendapat sebelum dan semasa trip dijalankan tetapi tidak sama sekali dapat berkempromi dengan pelanggan yang tidak tetap pendirian dan berubah-ubah fikiran dan pendirian atau keputusan dari masa kesemasa yang akan mengundang seribu kesulitan buat kami dan mencacatkan perjalanan sesuatu trip itu.
Sekian Harap Maklum

TAWARAN UNTUK MENYERTAI TRIP KE PARIS-BRUSSELS-AMSTERDAM ANTARA 6-14 JUNE NANTI

Pihak Perantauholidays ingin menawarkan dari 1-5 tempat kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai trip ke Paris-Brussels-Amsterdam selama 7 hari & 6 malam bagi mencukupi trip yang telah ditempah oleh rakan2 kita pada masa tersebut.
Pakej termasuk breakfast+dinner dan tempat tinggal yang selesa
Tiket hampir kesemua destinasi yang dilawati termasuk disneyland…
Sesiapa yang berminat sila hubungi kami dengan segera

Trip Ke Italy & Swiss Rakan-Rakan Kita Dari Malaysia 24-30 March 2010

Kepada rakan-rakan kita dari Syarikat Masterplan Consultancy Malaysia, pihak kami ingin merakamkan ucapan ribuan terimakasih diatas kesudian tuan-puan memilih kami untuk kembara di bumi Itali dan Switzerland.


Kepada En.Fakhrun dan rakan2 semoga enjoy trip ini dan kami memohon banyak2 kemaafan sekiranya ada salah dan silap dan juga kekurangan disamping kehendak-kehendak tuan-puan yang tidak dapat kami penuhi semasa trip ini.
Sekalung penghargaan untuk team PH yang mengetuai trip ini iaitu Tuan Syed Mahadi dan En. Khairul Ariffin yang telah menjalankan tugas dan mengemudi dengan baik trip ini bagi memastikan ianya berjalan lancar.
Semoga peristiwa  suka dan duka dalam trip ini akan dijadikan kenangan indah buat semua. Bak kata pepatah begitulah adat merantau…..
Semoga berjumpa dilain kali

TAWARAN BEKERJA BERSAMA PERANTAUHOLIDAYS

Assalamualaikum Semua/Salam Sejahtera
Kepada rakan-rakan di UK yang meminati bidang travelling/Sektor Perlancongan dan mempunyai banyak pengalaman menjelajah negara2 Eropah anda dipelawa untuk menyertai team kami sebagai:
Pemandu Kereta/MPV/Pembantu pemandu
Pemandu Pelancong/Pengiring@Pembantu Ketua Kumpulan Pelancong
Tukang Masak/Pembantu tukang masak
Peluang ini tidak hanya terbuka kepada rakan-rakan di UK sahaja, malahan tawaran istemewa ini juga ditujukan juga kepada rakan-rakan kita yang tinggal di negara-negara Eropah sana selain UK, seperti France, Holland, Germany, Switzerland, Russia, Spain, Italy, Turkey dan juga negara-negara Scandinavian.
Sila hantar CV anda kepada perantauholidays@gmail.com dan kami akan hubungi anda dengan segera. Jika anda diterima untuk bersama kami, tugas akan ditawarkan serta merta dan anda boleh memilih untuk bersama semua atau sebahagian  dari trip-trip kami dalam bulan May/June/July dan September ini dan seterusnya.
Selain pengalaman-pengalaman anda yang sangat berharga itu, pihak perantauholidays juga akan memberikan training khas mengenai kerjaya sebagai pemandu pelancong dan juga selok-belok sektor perlancongan yang perlu anda ketahui untuk memantapkan lagi kerjaya anda dan juga tugasan yang perlu anda laksanakan itu.
Ganjaran/elaun adalah sangat lumayan berserta FREE tempat tinggal/elaun transportation dari rumah/tiket untuk melawat destinasi yang dilawati dan juga makanan dan minuman sepanjang trip tersebut.
Tawaran ini dibuka sepanjang tahun dan anda boleh memohon bila-bila masa saja.

Easter Trip ke Istanbul 30 March-2 April 2010

Ucapan penhargaan kepada rakan-rakan kita dari Bath, Surrey, Notthingham, Hull, Leeds, Loughborough kerana sudi bersama PERANTAUHOLIDAYS menjejak bumi Turki pada 30 March hingga 2 April 2010.
Semoga semua gembira dan enjoy dengan trip ini. Pohon kemaafan jika ada sebarang kekurangan yang tidak dapat kami penuhi sepanjang trip ini.
Semoga berjumpa lagi trip yang seterusnya ke Andalusia nanti!!!!

AHLAN WASAHLAN ROMBONGAN HPA ILHAM KE MADRID & ANDALUSIA 13-20 MARCH 2010

Ahlan Wasahlan Untuk Semua Ahli Rombongan HPA Ilham ke Madrid dan Andalusia Spain….
Pihak Perantauholidays ingin merakamkan ucapan jutaan terimkasih kepada semua ahli rombongan yang telah sudi memilih kami untuk berkelana di bumi Andalusia dan Madrid selama 8 hari.
Pihak PH juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan yang tidak dapat kami penuhi sepanjang trip ini.
Tidak dilupakan juga kepada team perantauholidays untuk ke Spain kali ini iaitu Ustaz Hasri, Tuan Syed Mahadi dan Saudara Mohsein yang telah berkerja keras bagi menjayakan trip ini yang begitu mencabar…
Semoga bertemu kembali dan selamat sampai ke tanahair tercinta Malaysia.

EASTER TRIP TO ISTANBUL 30 MARCH-2 APRIL 2010 (4 DAYS & 3 NIGHTS) TRIP SUDAH PENUH DAN DITUTUP

TRIP SUDAH PENUH DAN DITUTUP

SILA ABAIKAN IKLAN DIBAWAH

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar dengan segera samada dari UK atau Malaysia
Terdapat 4/5 tempat bagi mencukupi trip yang ditempah khas oleh rakan-rakan pelajar kita di UK yang ingin melawat Istanbul pada tarikh tersebut

Ini adalah kerana terdapat diantara mereka yang menarik diri di saat-saat terakhir……

Kepada rakan2 dari Manchester/Liverpool/Leeds/Bradford/Notts/Loughborough dan kawasan-kawasan disepanjang perjalanan ke London anda akan dibawa terus ke airport pergi dan balik….tanpa perlu bersusah payah untuk membawa kenderaan anda….atau menaiki public transport…..




KEJATUHAN KOTA KONSTANSTINOPEL……SEJARAHNYA YANG BETUL HANYA DAPAT KITA KETAHUI DENGAN HANYA MELAWATI ISTANBUL UNTUK MELIHAT SISA-SISA KOTA TERSEBUT YANG MASIH ADA HINGGA KE HARI INI……..VIDEO INI HANYA MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM….UNTUK DIJADIKAN PEDOMAN DAN PENGAJARAN…

BENARLAH SABDA NABI SAW…. diriwayatkan dengan maksud: “Abdullah bin Amru bin al’As berkata bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba Baginda ditanya tentang kota manakah yang akan futuh (dibuka) terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah SAW menjawab: “Kota Heraklius terlebih dahulu (maksudnya Konstantinopel).” (riwayat Imam Ahmad)

Hadis lain juga ada yang menyebutkan secara jelas tentang jatuhnya kota Konstantinopel ke tangan umat Islam yang bermaksud: “Rasulullah SAW bersabda: Kamu akan pasti membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat Amir (Panglima Perang) adalah Amirnya dan sekuat-kuat pasukan adalah pasukannya.” (riwayat Imam Ahmad).

TOUR MOROCCO 27 MAY – 1 JUN 2010- PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG

Kepada Rakan-Rakan Kita Di UK/Malaysia/Asia Tenggara

Mari bersama perantauholidays dimusim panas ini menjelajah bumi Morocco!!!!!

Pendaftaran dibuka sekarang…..cepat mendaftar kerana tempat adalah terhad

VIDEO KLIP JEJAK ISTANBUL 21-24 DISEMBER 2009

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin