Apakah Pakej Lawatan Sambil Belajar?
- Pakej ini adalah pakej yang disediakan khas untuk badan-badan khas,persatun-persatuan,sekolah-sekolah, maktab-maktab dan juga instutusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia/Brunai/Indonesia yang ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke UK dan Eropah termasuk Turki dan Spain.
- Pakej ini juga sesuai untuk mana-mana pertubuhan kecil/kelab/kumpulan kecil bermula dari 10 orang keatas.
Apakah Keistemewaan Pakej Lawatan sambil belajar ini:
- Anda dan kumpulan anda bebas memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk melakukan trip
- Anda dan kumpulan anda bebas untuk membuat itenari sendiri dan bebas untuk memilih mana-mana destinasi yang ingin dilawati
- Kumpulan dan delagasi anda akan dijemput dari airport dan akan dibawa terus ke tempat penginapan dan seterusnya ketempat yang ingin anda lawati untuk tujuan pembelajaran dan permerhatian.
- Pihak kami boleh mengaturkan bagi pihak deligasi anda lawatan sambil belajar ke institusi pengjian tinggi, kilang-kilang, syarikat-syarikat dan badan-badan khas yang bersangkut paut dengan bidang kerjaya anda samada di UK atau Eropah.
- Kami boleh menyediakan jurubahasa khas untuk tujuan penerangan dan sebagainya sepanjang trip tersebut jika perlu
- Anda berupaya untuk mendapat kos trip dengan LEBIH MURAH
- Anda bebas untuk memilih tempat tinggal yang disukai bermula dari yang murah hingga ke yang mahal
- Makan dan minum semua ahli deligasi akan disediakan sepanjang trip ini
- Pihak kami juga boleh mengaturkan bagi pihak deligasi anda tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah
- Pihak kami juga boleh mengaturkan bagi pihak deligasi anda seminar/syarahan perdana/bengkel/indoor & outdoor activities seperti memanah/canoeing /memanjat bukit/berbasikal dan sebagainya sepanjang trip ini.
