Perantauholidays-Pengenalan

Perantauholidays mula beroperasi secara tidak formal sekitar tahun 2005 dengan menerima permintaan rakan-rakan kita di UK dan juga Malaysia untuk membawa mereka berkelana ke negara-negara Eropah. Ketika itu pihak kami tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam urusan ini kerana terlibat dalam beberapa komitmen lain yang lebih penting.

Namun begitu semakin hari semakin ramai pula yang meminta agar usaha murni di buat secara formal dan penuh komitmen. Justeru itu dalam bulan Ramadhan September 2007 maka web perantauholidays telah rasmikan penubuhannya dialam maya untuk memberi maklumat-maklumat terkini pengenai perantauholidays itu sendiri dan juga konsep percutian yang dianjurkan dan juga pakej-pakej yang dianjurkan. Serentak itu maka kami telah melibatkan diri secara rasmi dalam dunia percutian dan pengembaraan ini. Sehingga May 2009 sudah lebih 30 trip yang telah dianjurkan oleh pihak kami untuk semua.

Nama ‘perantau’ diambil sempena dengan keadaan kami yang menjadi perantau di bumi UK ini sudah hampir mencecah 13 tahun. Begitu juga nama perantau ini amat sesuai untuk digelar kepada sesiapa saja yang datang untuk mengembara di UK ataupun Eropah iaitu sebagai perantau yang hakiki.

Setelah hampir 13 tahun di bumi UK ini pihak kami telah mengharungi pelbagai cabaran dalam mengusahakan agensi ini agar menjadi kenyataan. Antarnya kami berusaha menjalankan aktiviti trip secara persendirian hampir ke semua tempat di UK dan juga hampir keseluruh negara-negara Eropah agar segala pengetahuan dan pengalaman boleh dijadikan panduan untuk mengemudi agensi seperti ini yang amat mencabar. Pendekata pihak kami memiliki pengalaman luas untuk membantu anda disetiap pengembaraan nanti.