Perantauholidays inginn merakamkan ucapan penghargaan kepada Puan Mona  dan suaminya En.Haris beserta keluarganya Puan Junita, Puan SIti Roziyana dan Puan Siti Norzalizan   kerana sudi bersama kami berkelana di bumi eropah selama 6 hari.
Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada Puan Harny dari Glasgow dan juga Ibunya Puan Hajjah Patimah yang turut bersama dalam trip ini.
Terharu juga melihat Puan Mona begitu tabah bersama suaminya En.Haris yang memerlukan segala bantuan fizikal dan spiritual dari beliau sepanjang trip ini. Kami doakan semoga En.Haris akan segera sembuh dan Allah swt memberi kekuatan kepada Puan Mona sepanjang kehidupan ini.
Berbalik kepada trip ini, suasana kekeluargaan jelas terasa antara pegawai kami En Ariffin yang mengetuai rombongan ini dan juga semua ahli rombongan.Semoga hubungan yang singkat ini akan menambah kemesraan ukhuwah antara kita.
Adat merantau tidak sunyi dari  salah dan silap dan juga kekurangan yang tidak dapat kami penuhi sepanjang trip ini. Di kesempatan ini kami pohon berbanyak kemaafan.
Semoga trip ini akan meninggalkan kenangan manis buat semua
Salam hormat dari kami Perantauholidays. Panjang umur kita berjumpa lagi