Kepada Semua Pelanggan Yang Budiman
Pihak kami ingin mengingatkan semua pelanggan agar membaca dan meneliti terlebih dahulu terma-terma tawaran dan juga itenari yang kami berikan sebelum menyetujui tentang pakej lawatan dan bayaran yang dikehendaki. Kami tidak memaksa anda untuk bersama kami. Tawaran kami bersifat ‘terbuka’ dan anda boleh menambah,meminda dan mengurangkan sesuatu terma didalam tawaran sebelum dan bukan selepas pembayaran dibuat.
Jika tawaran kami sesuai dengan anda maka anda boleh memeterai kontrak dengan kami. Jika anda tidak menyukainya maka anda bebas untuk memilih bersama agen-agen lain yang dapat memenuhi citarasa dan aspirasi anda.
Ada terdapat sesetengah pelanggan kami yang tidak peka tentang perkara ini. Akibat daripada kealpaan memahami maksud dan terma didalam tawara yang telah diberikan tersebut maka berlakunya salah faham yang tidak diundang. Kami tidak mahu anda membazirkan wang anda dengan mengikuti trip yang anda sendiri tidak faham mengenai konsep percutian yang kami tawarkan dan perlaksanaannya.
Kami amat komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik berdasarkan terma-terma tawaran yang diberikan bukan mengikut citarasa dan kemahuan peribadi anda yang tidak secocok dengan terma dan kontrak yang dimetrai. Jika anda tidak faham dan ragu tentang terma-terma dalam tawaran kami sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut. Jangan menyimpannya sehingga trip berjalan baru ingin nak bertanya itu dan ini…
Kami yang beroperasi di UK (bukan di Malaysia) akan memberi layanan yang sama dan adil keatas semua pelanggan kami tidak kira VIP atau rakyat marhaen. Kami tidak memilih bulu atau mengamalkan diskriminasi..apa yang anda bayar itu yang anda dapat tidak lebih dan tidak kurang….
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk berehat dan berholiday di UK dan Eropah bersama Perantauholidays tetapi peraturan-peraturan,undang-undang dan panduan-panduan yang telah ditetapkan oleh kami WAJIB anda dipatuhi demi untuk melicinkan perjalanan trip tersebut.
Kami amat terbuka untuk berbincang dan bertukar pendapat sebelum dan semasa trip dijalankan tetapi tidak sama sekali dapat berkempromi dengan pelanggan yang tidak tetap pendirian dan berubah-ubah fikiran dan pendirian atau keputusan dari masa kesemasa yang akan mengundang seribu kesulitan buat kami dan mencacatkan perjalanan sesuatu trip itu.
Sekian Harap Maklum