Pihak kami ingin merakamkan ucapan jutaan terimakasih kepada semua ahli rombongan yang telah menjayakan expedisi ‘jejak Istanbul’ pada 21-24 Disember 2009 yang lalu.
Kami merasa begitu gembira kerana selain kami mendapat membawa tuan puan ke tempat-tempat yang selalu di lawati oleh para pengunjung (syarikat pelancongan  lain) samada dari UK atau Malaysia kami sempat juga membawa anda semua ketempat-tempat yang belum pernah dilawati seperti makam nabi Allah Yusa’ di bukit Yusa’ kira 1 jam perjalanan dari Istanbul, Kemuncak bukit Buyuk Chemlija dimana kita dapat view keseluruhan Bandar Istanbul yang menawan hati dan cantik itu dan tidak ketinggalan juga melawat makam Sultan Ahmed, khalifah pertama kerajaan Islam Uthmaniyyah, makan the great conqueror Sultan Ahmad Fatih, makam sahabat nabi Abu Ayub Al-Ansari dan beberapa lagi para sahabat dan  tabiin mereka yang telah berjuang  meletakkan Islam di mercu kejayaan di bumi Turki dan seluruh dunia.
Tidak dapat dilupakan juga peristiwa ‘peristiwa shortest flight distance in the world’ dimana kami yang sepatutnya mendarat di Luton Airport tiba-tiba sahaja mendarat di Stansted oleh kerana faktor cuaca. Sebaik saja  mendarat selama 30 min di Stansted tiba-tiba flight diarahkan terbang semula ke Luton yang hanya memakan jarak 10-15 minit penerbangan sahaja.
Setinggi penghargaan kepada tourist guide kami En.Faiz dari Istanbul yang telah memberi penerangan dan panduan yang ‘excellent’ sepanjang tour kami selama 4 hari disana.
Kepada semua kami mengucapkan jutaan terimakasih kerana sudi memilih perantauholidays sebagai agen pelancongan anda dan kami juga memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada terdapat sebarang kekurangan sepanjang trip ini.
Kami mengucapakan selamat menyambut tahun baru maal hijrah dan tahun baru 2010  untuk semua.