Archive for category Uncategorized

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN UNTUK SEMUA

Di kesempatan ini pihak pengurusan dan staf-staf perantauholidays ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi kepada semua pengungjung dan pelanggan-pelanggan yang telah bersama kami.

Maaf Zahir & Batin

Minal A’idin Wal Faizin


Ramadan Al-Mubarak Untuk Semua

Perantauholidays ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua pengunjung web ini dan juga kepada semua pelanggan yang beragama Islam yang telah bersama-sama kami sebelum ini mengembara ke bumi Eropah.

Tahun ini berpuasa di bumi Eropah amat mencabar kerana ramadan kali ini jatuh didalam musim panas (summer) dimana siangnya panjang dan malamnya pendek. Insyaallah esok Rabu ialah hari pertama ramadan dan waktu berbuka ialah pada pukul 8.45 malam dan sahurnya tamat pada pada 3.40 pagi.

Dimaklumkan kepada semua bahawa sepanjang ramadan ini pihak PH tidak dapat menerima sebarang permintaan untuk holiday di bumi Eropah. Insyaallah PH akan beroperasi semula selepas adilfitri nanti.

Selamat berpuasa untuk semua semoga ramadan kali ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita semua kepada pencipta kita Allah swt.

ANDALUSIA SPAIN TOUR 22-27 NOVEMBER 2010

Salam Sejahtera Kepada Semua Pengungjung

Jika berminat untuk mengikuti tour ini sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai kos dan sebagainya.

Tarikh yang tertera dalam itenari adalah hanya tarikh cadangan sahaja. Anda boleh mengubah tarikh tersebut kepada tarikh yang sesuai untuk anda dengan syarat jumlah anda dan peserta (kumpulan/keluarga anda) yang ingin mengikuti trip ini mesti lebih dari 5 orang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami segera.

Dibawah ini ialah itenari untuk trip ini.


Trip Ke Paris, Kenderdijk,The Hague,Zaandam,Alkmaar,Volendam dan Amstedam Puan Mona sekeluarga & Puan Harny Sekeluarga dari Malaysia 21-26 July 2010

Perantauholidays inginn merakamkan ucapan penghargaan kepada Puan Mona  dan suaminya En.Haris beserta keluarganya Puan Junita, Puan SIti Roziyana dan Puan Siti Norzalizan   kerana sudi bersama kami berkelana di bumi eropah selama 6 hari.
Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada Puan Harny dari Glasgow dan juga Ibunya Puan Hajjah Patimah yang turut bersama dalam trip ini.
Terharu juga melihat Puan Mona begitu tabah bersama suaminya En.Haris yang memerlukan segala bantuan fizikal dan spiritual dari beliau sepanjang trip ini. Kami doakan semoga En.Haris akan segera sembuh dan Allah swt memberi kekuatan kepada Puan Mona sepanjang kehidupan ini.
Berbalik kepada trip ini, suasana kekeluargaan jelas terasa antara pegawai kami En Ariffin yang mengetuai rombongan ini dan juga semua ahli rombongan.Semoga hubungan yang singkat ini akan menambah kemesraan ukhuwah antara kita.
Adat merantau tidak sunyi dari  salah dan silap dan juga kekurangan yang tidak dapat kami penuhi sepanjang trip ini. Di kesempatan ini kami pohon berbanyak kemaafan.
Semoga trip ini akan meninggalkan kenangan manis buat semua
Salam hormat dari kami Perantauholidays. Panjang umur kita berjumpa lagi

TRIP KE ISTANBUL ANTARA 22-30 OKTOBER 2010 4 HARI & 3 MALAM (CUTI SEKOLAH DI UK)- PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!!!!!!

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar dengan segera samada dari UK atau Malaysia

Kepada rakan2 dari Manchester/Liverpool/Leeds/Bradford/Notts/Loughborough dan kawasan-kawasan disepanjang perjalanan ke London anda akan dibawa terus ke airport pergi dan balik….tanpa perlu bersusah payah untuk membawa kenderaan anda….atau menaiki public transport…..

KOS:

DEWASA: FROM £299

KANAK-KANAK (3TAHUN KEATAS) FROM £215

(kanak-kanak 3 tahun keatas dikehendaki mempunyai flight seat sendiri/Harga akan dikurangkan lagi jika tidak memerlukan makanan & atau berkongsi tempat tinggal dengan ibubapa)

INFANT/BABY BAWAH (0-3 TAHUN): £50

BERGANTUNG KEPADA BILA ANDA MENDAFTAR. JIKA LEWAT ANDA MENDAFTAR MAKA KOS AKAN MENINGKAT KERANA KOS TAMBANG KAPALTERBANG AKAN MENINGKAT DARI MASA KE SEMASA

TARIKH DIATAS HANYALAH TENTATIF SAHAJA JIKA ADA KUMPULAN YANG MEMPUNYAI MAJORITI DALAM TRIP INI INGIN MENGUBAH TARIKH TRIP KE SATU TRAIKH YANG LAIN MAKA PIHAK PH TIDAK MEMPUNYAI MASALAH UNTUK MENGATUR PERUBAHAN TERSEBUT




TERMASUK DALAM KOS INI:

TAMBANG KAPAL TERBANG

PENGINAPAN SELAMA 3 MALAM DI ISTANBUL

MAKAN (BREAKFAST+LUNCH+DINNER)

PENGANGKUTAN

TIKET MASUK KE DESTINASI YANG DILAWATI




KEJATUHAN KOTA KONSTANSTINOPEL……SEJARAHNYA YANG BETUL HANYA DAPAT KITA KETAHUI DENGAN HANYA MELAWATI ISTANBUL UNTUK MELIHAT SISA-SISA KOTA TERSEBUT YANG MASIH ADA HINGGA KE HARI INI……..VIDEO INI HANYA MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM….UNTUK DIJADIKAN PEDOMAN DAN PENGAJARAN…

BENARLAH SABDA NABI SAW…. diriwayatkan dengan maksud: “Abdullah bin Amru bin al’As berkata bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba Baginda ditanya tentang kota manakah yang akan futuh (dibuka) terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah SAW menjawab: “Kota Heraklius terlebih dahulu (maksudnya Konstantinopel).” (riwayat Imam Ahmad)

Hadis lain juga ada yang menyebutkan secara jelas tentang jatuhnya kota Konstantinopel ke tangan umat Islam yang bermaksud: “Rasulullah SAW bersabda: Kamu akan pasti membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat Amir (Panglima Perang) adalah Amirnya dan sekuat-kuat pasukan adalah pasukannya.” (riwayat Imam Ahmad).

Trip Ke Paris-Brussels-Amsterdam Keluarga Puan Mazlynda dari Cardiff serta Keluarga Beliau Dari Malaysia pada 27 Jun- 2 July 2010

Sekalung penghargaan buat Puan Mazlynda & Suami dan anak dari Cardiff UK serta keluarga beliau dari Malaysia yang telah sudi bersama perantauholidays untuk mengembara ke negara eropah iaitu France-Belgium-Holland ditengah-tengah kehangatan bolasepak Piala Dunia di South Afrika.
Semoga semua telah bergembira semasa trip ini dan pihak kami memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan ketidaksempurnaan yang tidak dapat kami sempurnakan semasa trip ini.
Semoga adik puan akan sembuh secepat mungkin. Kepada Pak cik dan Mak Cik serta Abang selamat kembali ketanah air tercinta semoga selamat sampai nanti
Panjang umur kita akan berjumpa lagi
Salam hormat dari PH serta En.Ariffin serta Syafiq yang telah memandu trip ini dengan baik sehingga berjaya.

TAWARAN MENYERTAI TRIP KE PARIS-BRUSSELS-AMSTERDAM 21-26 JULY DAN 26-31 JULY 2010

Pihak PH ingin menawarkan beberapa tempat untuk rakan-rakan kita dai UK dan Malaysia yang ingin melawat Paris-Amsterdam-Brussels pada traikh berikut:
21-26 July 2010- (6 HARI 5 MALAM)
ATAU
26-31 JULY 21010 (6 HARI 5 MALAM)
Ini adalah untuk mencukupi korum rakan2 kita yang telah menempah pada tarikh tersebut
Segala maklumat lanjut sila hubungi kami
Sekian Terimakasih

Trip Keluarga Cikgu Waris ke Paris-Brussels-Amsterdam 11-16 Jun 2010

Kepada keluarga cikgu Waris dan Cikgu Azizi kami mengucapkan ribuan terimakasih diatas kesudian semua untuk bersama kami dalam percutian baru-baru ini.
Semoga semua gembira dan pohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan disepanjang trip ini.

Trip Ke Paris-Brussels-Amsterdam -Bath-Stonehenge-Oxford 8-16 Jun 2010

Sekalung penghargaan kepada 9 orang rakan-rakan kita dari Malaysia yang sudi bersam PH berkelana ke Paris-Brussels Amsterdam-Bath-Stonehenge-Oxford dari 8-16 Jun yang lalu.
Semoga semua telah enjoy trip ini. Pohon kemaafan jika terdapat salah dan silap serta kekurangan.
Semoga berjumpa lagi

Trip Ke Brussels-Amsterdam-London Keluarga Tuan Hj.Suhod Singapura 1-5 Jun 2010

Pihak PH ingin merakamkan ucapan terimasih kepada ahli keluarga Tuan Hj.Suhod dari Singapura kerana sudi bersama maki untuk melancong ke Brussels-Amsterdam dan London.
Semoga tuan sekeluarga bergembira semasa trip ini.
Pihak kami juga memohon ribuaan kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan yang tidak mampu kami penuhi.
Semoga berjumpa di lain kali.

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin